Tuesday, August 12, 2014

AMAL DALAM SEGALA HARI 10 ZULHIJJAH

(251) -  Bab pada menyatakan hadis yang membicarakan amal dalam segala hari 10 Zulhijjah. Ketahuilah! Ya saudaraku. Ini satu masa atau waktu yang tinggi kelebihannya berbuat amal ibadat didalamnya, iaitu 9 hari dari bulan Zulhijjah. Apa jua amal yang saleh didalamnya maka sangatlah besar balasannya. Hadis at-Turmizi - Telah diriwayatkan daripada seorang  daripada sahabat Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang sangat besar alimnya dan saudara sepupunya (Saidina Abdullah ibnu Abbas radiallahu 'anhuma)  katanya :  telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

" Tiada daripada sekalian hari amal yang salih didalamnya lebih suka Allah kepadanya daripada sekalian hari 10 panggal daripada bulan Zulhijjah."

Sabda Nabi itu sangatkah menggemarkan orang yang salih iaitu orqng yang sukakan banyqk bekal akhiratnya dan loba kepada mendapatnya. Manakala sahabat Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam mendengarkan katanya itu loba hati mereka itu suka mendengarkan betapalah besar kesukaan Allah.

Adakah lebih suka Allah daripada orang pergi sabilillah membuang nyawa kerana meninggikan ugama?
Apakala  telah tetap di hati sahabat suka tahukan demikian lalu bertanya mereka itu. Kata mereka ; Ya Rasulullah!  Dan tiada  perang dalam sabilillah (perang sabilillah ) yang kita berhabis nyawa kerana memajukan ugama Islam itu pun tiada suka Allah lebih daripada sukakan amal yang salih didalam 10 hari panggal Zulhijjah. Amboi!! Kalau lebih jua amal yang salih dalam 10 hari panggal Zulhijjah itu daripada perang sabilillah maka rugi sekali meninggalkannya dan tiada ambil berat akan dia kerana kelebihannya itu.
Apakala didengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam akan pertanyaan mereka itu, maka ia pun lalu menjawabnya:

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam:
" Tiada perang sabilillah itu lebih suka tuhan daripada amal yang salih dalam 10 hari panggal Zulhijjah, melainkan seorang laki-laki yang keluar ia dengan sendirinya beserta hartanya, tiba tiba tiada kembali pulang daripada yang demikian itu suatu (mati seorang itu serta habis hartanya didalam perang itu, maka orang yang begini tuhan lebih suka daripada amal yang salih dalam 10  hari panggal Zulhijjah. Kerana sudah ditebusnya akan kalimatullah hiyal 'ulya dengan jiwanya dan hartanya maka yang demikian itu tiadalah suatu ibadat lebih mengatasinya."

Kata Abu Esa (at-Turmizi) - pada bab ini ada riwayat daripada Ibnu Umar dan Abi Hurairah dan Abdullah bin Amru dan Jabir. Dan katanya lagi bermula hadis Ibnu Abbas ini hadis hasan lagi sahih lagi garib. Dan telah dikeluarkan dia oleh bukhari didalqm sahihnya.

Juz ke 5 ms.124-125